Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari); bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist tindak balas organisma terhadap rangsangan spt cahaya, air, sentuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : apa-apa yg berlaku sbg sambutan kpd sesuatu perbuatan atau keadaan; perubahan yg berlaku oleh sebab sesuatu yg lain. bergerak balas bergerak atau berubah kerana sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerak balas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONETA

Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak

metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa

Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta

Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema

atau pengalaman, sementara sestet (enam baris

terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada

tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu,

empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga,

enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya

cdecde.

UMUM 
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 
SIRI GERAK ELEKTRIK

Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri

elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam

dan hidrogen berhubung dengan

kecenderungannya untuk kehilangan elektron

semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih

mudah kehilangan elektron daripada hidrogen

disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini.

Logam yang kurang mudah kehilangan elektron

daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam

senarai siri yang berikut adalah tertib yang

sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri

gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium,

magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah,

plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak,

platinum, emas.

UMUM 

Kembali ke atas