GERAKAN KIRI INDONESIA | GERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GERAKAN PEMBEBASAN INDIA | | UMUM | |
GERAKAN PEMBAHARUAN | | UMUM | |
GERAKAN OXFORD | | UMUM | |
GERAKAN FEMINISME | | UMUM | |
GERAKAN SENI DAN KRAF | Pergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina. Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika. Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian. | KEJURUTERAAN | Peristiwa |
MOTT, LUCRETIA COFFIN | Mott, Lucretia Coffin (1793–1880) ialah ketua gerakan antihamba dan gerakan memperjuangkan hak wanita di Amerika Syarikat. Mott membantu menubuhkan dua kumpulan antihamba. Dia bersama-sama Elizabeth Cady Stanton, tokoh pembaharuan, menganjurkan mesyuarat negara yang pertama mengenai hak wanita. | UMUM | |
GERAKAN BROWN | Gerakan Brown, gerakan zarah pepejal secara rawak dan berterusan di dalam cecair atau gas yang disebabkan perlanggaran molekul cecair atau gas dengan zarah pepejal tersebut secara berterusan. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
GERAKAN PADRI | GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin ‘orang dari Pidie’, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |