Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut; menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam; menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram; kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1 (berasa) sangat marah kerana dihina, dipermain-mainkan dll; mempunyai perasaan yg menyebabkan orang mahu berkelahi dsb: Aku ~ mendengar kata-katanya yg menghina itu. 2 (berasa) sangat suka akan sesuatu sehingga menimbulkan keinginan melakukan sesuatu terhadapnya: Bertubuhnya bayi ini, ~ aku. menggeram menjadi geram (marah sekali). kegeraman hal atau rasa geram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geram

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THAHARUDDIN AHMAD

THAHARUDDIN AHMAD (1921 -      ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mu’alliminal ‘Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas