GERBANG | | UMUM | |
SAARINEN, EERO | Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri. Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956) di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga tempat topangan. Sementara Terminal Sistem Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York menggunakan konkrit bertetulang berbentuk sayap. | UMUM | |
A FAMOSA | A Famosa, pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511. “A Famosa” dalam bahasa Portugis bermakna “yang terkenal” atau dalam bahasa Inggeris ialah “The Famous”. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
THERMOPYLAE | Thermopylae ialah genting di pantai timur di Greece . Ia adalah tempat pertempuran terkenal antara tentera Yunani dengan Parsi pada 480 S.M. Perkataan Yunani thermopylae bermakna Gerbang Panas dan merujuk kepada mata air panas berhampiran genting itu. Kini, kawasan ini terhakis menjadi dataran berpaya yang luas. Tetapi kira-kira 2500 tahun yang lalu, keluasan genting ini hanya kira-kira 15 meter dengan puncak paling sempit dan menjadi tempat terbaik bagi pengembara memasuki tengah Greece dari arah utara. | UMUM | |
ARC DE TRIOMPHE | Arc de Triomphe terletak di pangkal lebuh lebar yang dibarisi pokok yang dikenali sebagai Champs Élysées di Paris. Ia terletak di Place Charles de Gaulle (dahulunya Place de l’Etoile) tempat bertemu 12 lebuh. Namanya bermakna Gerbang Kemenangan . | UMUM | |
CAMPA | CAMPA, sebuah kerajaan yang pernah wujud di Semenanjung Indo-China, terletak antara garis lintang 11° dan 18°U, iaitu dari kawasan Tanjung St. Jacques hingga Pintu Gerbang Annam. Kini Campa dikenal sebagai Vietnam Tengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
MENARA BABEL | Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu gerbang tuhan dalam bahasa Babylon. | UMUM | |
MASJID KERSIK | MASJID KERSIK, salah sebuah masjid yang tertua di Patani, selatan Thailand. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Pintu Gerbang. Masjid ini terletak di Kampung Kersik, lebih kurang 6 km dari bandar Patani. Masjid ini didirikan di halaman kota raja Patani pada masa pemerintahan raja-raja puteri Patani. Kampung Kersik dan kampung di sekitarnya seperti Kampung Bandar, Kampung Tanjuk Lulok dan Kampung Parit Marhum adalah antara kampung yang tertua di Patani dan pernah menjadi pusat kerajaan Melayu Patani pada abad ke-16 dan abad ke-17. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
KERATON | KERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |