Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ri.gis] | ݢريݢيس

Definisi : 1. gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigi; 2. takik pd permukaan logam dll; bergerigis bergigi-gigi, bergerigi; menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan); menggerigiskan menjadikan bergerigis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ri.gis] | ݢريݢيس

Definisi : 1 gigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigi: Cara membuang ~ pd besi pemotong itu adalah dgn menggesekkannya pd batu asah. 2 takik pd permukaan logam dll: Penggelek itu digunakan utk membuat ~ pd logam. bergerigis bergigi-gigi atau bergerigi (tidak licin). menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan). menggerigiskan menjadikan (sesuatu) bergerigis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerigis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUNGGUL-TUNGGUL GERIGISTUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS, novel karya Shahnon Ahmad.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Tunggul-tunggul Gerigis menggambarkan wajah manusia dengan keyakinan dan kepercayaan masing-masing.  Bagi mereka, kebenaran adalah di pihak mereka dan pihak lawan dianggap sebagai musuh.SASTERAKarya
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 

Kembali ke atas