SEMENANJUNG TANAH ARAB | Semenanjung Tanah Arab, gurun yang gersang yang terletak di barat daya Asia. Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak yang terbesar di dunia. | UMUM | |
TUMBUHAN GURUN | Tumbuhan di gurun panas atau kawasan gersang. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
TAMAN NEGARA YOSEMITE | Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah gersang yang luas di bahagian tengah-timur California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100 kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah. Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan hidupan liar di kawasan ini. | UMUM | |
NIGER | Niger ialah sebuah negara besar, yang dilingkungi daratan di Afrika Barat. Gurun dan gunung yang gersang meliputi kebanyakan kawasan utara Niger. Dataran yang diliputi pokok yang jarang-jarang menganjur di sepanjang sempadan selatan. Negara ini secara rasminya disebut sebagai Republik Niger, iaitu sempena nama Sungai Niger, yang mengalir di barat daya negara ini. Niamey ialah ibu negara Niger dan bandar yang terbesar. | UMUM | |
EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK | Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke tanah gersang yang luas di barat laut negara itu. Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan berlanjutan lebih daripada dua tahun. | UMUM | |
SYRIA | Syria ialah negara Arab di hujung timur Laut Mediterranean. Negara ini mempunyai dataran yang beralun, lembah sungai yang subur dan gurun yang gersang. Damsyik ialah ibu negara Syria dan bandar raya terbesar. | UMUM | |
TENNESSEE | Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat. Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ). Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan yang bersemangat tinggi dan berani, mereka menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini, sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di Tennessee . | UMUM | |
O'FLAHERTY, LIAM | O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan yang gersang dan kampung-kampung terpencil Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang penduduknya mementingkan diri sendiri. | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
DEATH VALLEY | Death Valley terletak khususnya di timur California tengah, Amerika Syarikat. Sebahagian kecilnya sahaja berada dalam Nevada. Pada tahun 1849, sekumpulan peneroka memberi nama kepada kawasan lembah ini selepas mereka melintasi kawasan lengang dan gersang. Pada tahun 1933, Death Valley menjadi sebahagian daripada Death Valley National Monument. | UMUM | |