LEMBAGA GETAH MALAYSIA | agensi utama untuk membantu membangunkan dan memodenkan industri getah Malaysia dalam semua aspek, dari penanaman pokok getah, pengekstrakan dan pemprosesan getah asli, penghasilan produk getah, dan pemasaran getah serta produk getah. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
PEMVULKANAN | Pemvulkanan ialah sautu proses kimia untuk merangkaisilangkan molekul getah asli atau getah sintetik berdasarkan tindak balas ikatan kuasa dua dalam getah itu. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
GETAH MANNA | | UMUM | |
GETAH | | UMUM | |
GETAH SINTETIK | Bahan polimer buatan sendiri bersifat kenyal yang boleh memanjang sehingga 600- 700 peratus dan dihasilkan melalui proses pempolimeran monomer. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GETAH HUTAN | GETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PEMPROSESAN GETAH | Kaedah pengubahan getah mentah menjadi produk yang boleh digunakan. Ini meliputi penambahan agen pemvulkanan dan bahan tambah kepada getah mentah sebelum diproses. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA (MARDEC) | Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) ialah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti pengeluaran dan pemasaran getah. Perbadanan ini lebih dikenali sebagai MARDEC iaitu singkatan daripada Malaysian Rubber Development Corporation. | UMUM | |
GULA-GULA GETAH | | UMUM | |