GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
RISDA | RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |
PEKANBARU | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa. Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau. Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik. Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SIALANG | SIALANG <I style="mso-bidi-font-style: normal">(Koompassia excelsa (Becc.) TaubI>. daripada <I style="mso-bidi-font-style: normal">famili Leguminosae)I>, sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia. Nama lain bagi pokok ini ialah tualang. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m. Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom. Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali. Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak. Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri. | BUDAYA | Flora dan Fauna |