ABDUL GHANI MINHAT | Abdul Ghani Minhat (1935- ) pemain bola sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah dia terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Princess Road School, di Kuala Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2, dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun 1956, Ghani membantu Selangor menewaskan Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya. | UMUM | |
AISHAH GHANI, TAN SRI | Aishah Ghani, Tan Sri (1924– ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973– 1984). | UMUM | |
ABDUL GHANI GILONG | ABDUL GHANI GILONG, Datuk (1932- ), Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan (1970-1978). Dia lahir di Kampung Matan, Ranau, Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
A. GHANI HAMID | A. GHANI HAMID (1933- ), penulis dan pelukis Singapura. Dia lahir pada 13 April 1933 di Kampung Singlap, Singapura. Dia pernah memakai nama pena Kumbang Mas dalam penulisan cerpen. | SASTERA | Konsep |
AISHAH GHANI, TAN SRI | AISHAH GHANI, Tan Sri (1924- ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat (1973-1984). Dia lahir pada 5 Jun 1924 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SALLEH GHANI | SALLEH GHANI (1922 – 1986), penulis, pelakon dan pengarah filem Melayu. Dia lahir pada 3 Disember 1922 di Kampung Belemang, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdul Ghani. Dalam bidang penulisan, dia lebih gemar menggunakan nama pena seperti Megat Terawis dan Cenderawasih. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Bandar Penggaram, Batu Pahat, hingga Darjah 5 pada tahun 1939. | BUDAYA | Tokoh |
MUSA ABDUL GHANI | MUSA ABDUL GHANI ( ? - ? ), penentang penjajahan British. Dia lahir di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Musa berhijrah ke Terengganu sekitar tahun 1888 untuk mendalami ilmu agama. Dia berkahwin dan menetap di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Di kalangan penduduk tempatan, dia dikenal dengan panggilan Haji Musa Minangkabau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL GHANI MINHAT, DATO' | Abdul Ghani Minhat, Dato’ (1935- ), pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal pada tahun 1960-an. Beliau dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Selangor setelah bapanya, seorang anggota polis, bertukar ke Polis Depot, Kuala Lumpur. Semasa belajar di Princess Road School, Kuala Lumpur (kini Sekolah Rendah Jalan Raja Muda) beliau terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya. Beliau menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot semasa berusia 14 tahun. | SUKAN | Tokoh |
TUK PULAU UBI | TUK PULAU UBI (1881-1955), ulama. Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat. Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya. Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
THE MALAY PRESS | THE MALAY PRESS, pencetak. The Malay Press atau Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah. Buku-buku dan majalah tersebut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo. Turut juga diedarkan ke wilayah berbahasa Melayu di selatan Thailand dan di beberapa buah negara di Asia Barat di mana terdapat pelajar Melayu menuntut di sana. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press meliputi buku bercorak agama, novel (roman), buku pengetahuan dan pendidikan, dan majalah Juita. | SASTERA | Institusi/Organisasi |