Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghazali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GHAZALI, MUHAMMAD AL- UMUM 
MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE, TAN SRI

Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri

(1922– ), tokoh politik Malaysia. Dia memberi

sumbangan yang besar dalam sejarah politik

negara terutamanya di sebalik tabir penubuhan

negara Malaysia pada tahun 1963.

UMUM 
M. GHAZALI

M. GHAZALI (1930-1982), penyair. Dia lahir pada 22 Jun 1930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ghazali bin Abdul Samad. M. Ghazali juga memakai nama pena A.S. Maghza. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka dan Sekolah Arab al-Junid, Singapura dari tahun 1945 hingga 1951 dan lulus Darjah Tujuh. Selepas itu, dia belajar di Makkah.

SASTERATokoh
MUHAMMAD AL-GHAZALI

Muhammad al-Ghazali (450 H-505 H /1058 M-1111 M), ialah tokoh ilmuwan dan pakar rujuk dalam bidang falsafah.

AGAMATokoh
MOHAMAD GHAZALI MOHAMAD SETH, TAN SRI

MOHAMAD GHAZALI MOHAMAD SETH, Tan Sri (1929-      ), Panglima Angkatan Tentera yang ketujuh (1981-1986).  Dia lahir pada 4 Februari 1929 di Johor Baru, Johor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Bukit Zaharah, Johor Baru dan Malay College Kuala Kangsar, Perak.  Pada tahun 1949, dia bertukar ke Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Pahat hinggalah ke peringkat Senior Cambridge.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI

MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930-     ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ORANG BERTIGA

ORANG BERTIGA, antologi puisi. Antologi yang mengandungi puisi karya Noor S.I., A.S. Amin dan M. Ghazali ini diselenggarakan oleh Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad. Antologi ini diterbitkan pada tahun 1980 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang Bertiga mengandungi 147 buah puisi, iaitu 78 buah puisi Noor S.I., 35 puisi A.S. Amin dan 34 buah puisi M. Ghazali.

SASTERAKarya
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
PUISI KABURPUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah puisi kabur mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. puisi kabur memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai puisi kabur kerana sukar difahami. Antara pelopor puisi kabur ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I.SASTERAKonsep
FARIDAH MAT SAMAN

FARIDAH MAT SAMAN (1948 -         ), qariah Malaysia. Dia lahir di Pahang dan dibesarkan di Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu  Pasir Mas. Kemudian dia menyambung pelajaran agama di Pondok haji Ghazali, Mundok, Selatan Thailand.

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas