Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai <i> prostesis i> , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. |