Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang bertindak semasa berada dalam kumpulan orang ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan. Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan membantah dan malapetaka. |