Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lan] | ݢيلن

Definisi : sj tumbuhan (pokok menumpang), Elytranthe platyphylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAREKAT QADIRIYAH

TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad.  Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib.  Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali.  Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah.  Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali.  Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf.  Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya.  Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’.  Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat).  Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas