Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gin] | ݢين

Definisi : sj minuman keras tanpa warna yg disuling drpd ekstrak bijian spt barli atau rai dan diberi perisa beri juniper. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SLO

Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok

renek yang berduri, bercabang yang berkaitan

dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah,

dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya

berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam.

Buahnya kurang daripada 13 milimeter

diameternya dan digunakan untuk membuat wain,

jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar

yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo.

Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan

pemegang alat.

UMUM 
SOSEJ

Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging

cincang dan dibubuh perasa. Daging yang

digunakan untuk membuat sosej termasuk daging

lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu,

dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh

perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam,

lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia.

Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis

bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan

sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit

memberi warna kepada sosej dan membantu

mencegah pertumbuhan bakteria yang

menyebabkan sejenis keracunan makanan yang

dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala

menambah gin atau wain merah kepada sosej

untuk memberikannya rasa yang istimewa.

UMUM 

Kembali ke atas