Andalusia juga dieja Andalucia , ialah kawasan pergunungan dan dataran di selatan Sepanyol. Untuk lokasi, lihat Sepanyol (peta politik). Pada tahun 1833, Sepanyol membahagikan Andalusia kepada daerah Almeria, Granada, Jaen, Malaga, Cadiz, Cordoba, Huelva, dan Sevilla. Andalusia meliputi 87 268 kilometer persegi. Kebanyakan penduduknya yang hampir 6.5 juta itu tinggal di kawasan luar bandar. Seville merupakan ibu negerinya pada zaman dahulu. Kawasan ini dikenali kerana iklim, gunung-ganang, gipsi, dan lembu jantannya. |