Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.ri] | ݢيري

Definisi : ark sl gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNAN GIRISUNAN GIRI ( ? - ? ) ulama, pendakwah dan Raja Giri yang Pertama (1478-1506). Nama sebenarnya ialah Jaka Samudera dan dia juga dikenal sebagai Raden Paku.  Bapanya ialah Syekh Maulana Ishak, bapa saudara Sunan Ampel.  Sunan Giri adalah salah seorang ahli Walisongo yang berusaha memperkembang agama Islam di Jawa pada abad ke-15.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
GIRI

GIRI, pusat perkembangan agama Islam di Jawa Timur pada abad ke-16. Giri terletak di kawasan tanah tinggi lebih kurang satu kilometer dari pusat kota Gresik, Jawa Timur, Indonesia. Dalam bahasa Jawa ‘giri’ bererti gunung atau bukit.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BALAMBANGAN

BALAMBANGAN, kerajaan Hindu yang terakhir selepas kejatuhan kerajaan Majapahit dan penyebaran agama Islam antara abad ke-15 hingga abad ke-16, terletak di timur Pulau Jawa. Penyisihan Balambangan dari dunia Islam telah berakhir dengan sebuah legenda yang terdapat dalam Sejarah Melayu yang menghubungkaitkannya dengan kemunculan sebuah kerajaan Islam di Giri. Mengikut legenda ini, seorang pendakwah Islam dari Pasai yang bernama Maulana Ishak telah berkahwin dengan puteri pemerintah Balambangan. Keengganan pemerintah Balambangan memeluk Islam, menyebabkan Maulana Ishak meninggalkan negeri itu. Walaupun telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya, Raden Paku, putera Maulana Ishak, telah dibesarkan sebagai seorang Islam. Setelah menyempurnakan ibadat haji, Raden Paku telah mendirikan sebuah masjid di Giri dan akhirnya baginda ditabalkan sebagai Sunan Giri yang pertama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas