Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : isn’t that Mr. Smith’s ~?, bukankah itu anak perempuan Encik Smith?; 6. (in pl) group of women, kawan-kawan perempuan: it’s her night out with the ~s, malam ini ialah malam dia keluar dgn kawan-kawan perempuannya; 7. female worker, wanita yg bekerja di: office ~s are very fashionable, wanita-wanita yg bekerja di pejabat gemar berfesyen. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. young woman, gadis: ~s have much more freedom these days, gadis sekarang mempunyai lebih banyak kebebasan; 3. (colloq) woman regardless of marital status, perempuan, wanita: a working ~, wanita yg bekerja; 4. (colloq & old-fashioned) lady-love, buah hati, kekasih: he hopes to marry his ~ as soon he gets a job, dia berharap dapat mengahwini kekasihnya sebaik sahaja dia mendapat pekerjaan; 5. daughter, anak perempuan: they have a ~ and two boys, mereka mempunyai seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. female child, /kanak-kanak, budak / perempuan; (as infant), /anak, bayi/ perempuan; (before puberty) gadis sunti; (when it is not necessary, in Malay, to mention the gender) budak: little ~s like to play with dolls, budak-budak perempuan suka bermain dgn anak patung; there are more ~s in the kindergarten than boys, terdapat lebih banyak budak perempuan drpd budak lelaki di tadika itu; he was accused of raping a ten-year old ~, dia didakwa merogol gadis sunti yg berumur sepuluh tahun; what is that ~ doing here?, apa budak itu buat di sini?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata girl


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
O'BRIEN, EDNA

O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang

membina reputasinya melalui novelnya yang

pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada

tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The

Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss

(1963), dan The Love Object (1968). Dia juga

menulis beberapa buah cerpen, skrip drama

televisyen, dan skrip filem.

O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare,

Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun

1958.

UMUM 
NICHOLS, MIKE

Nichols, Mike (1931– ), pengarah Amerika yang

terkenal kerana kerjayanya dalam filem dan

mengarahkan pementasan. Nichols memenangi

Academy Award melalui filem arahannya yang kedua

The Graduate (1967). Filemnya yang lain termasuk

Who’s Afraid of Virginia Wolf? (1965), Catch-22 (1970),

Carnal Knowledge (1971), Silkwood (1983), Working

Girl (1988), dan Postcards from the Edge (1990).

UMUM 
PICKFORD, MARYy (1893–1979) ialah bintang bagi

filem-filem bisu. Pickford terkenal sebagai ‘Buah hati

Amerika’ kerana kepopularannya.

Dia terkenal sebagai watak heroin muda yang

berani dan suci. Pickford muncul pertama kali di

layar perak pada tahun 1909 dan muncul dalam 194

buah filem. Antara filemnya yang paling popular

ialah The Poor Little Rich Girl (1917) dan Rebecca

of Sunnybrook Farm (1917). Dia memenangi

anugerah pelakon wanita terbaik Academy

Award tahun 1928–1929 melalui lakonannya dalam

Coquette . Dia juga menerima Anugerah Khas

Academy Award pada tahun 1976 sebagai

pengiktirafan terhadap sumbangan seumur

hidupnya dalam dunia filem.

UMUM 
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN

Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan

ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan

kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan

kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran

baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang

untuk membantu orang lain dan mempelajari

pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl

Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United

Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan

Pandu Puteri (The Guide Association).

UMUM 
ROBEY, SIR GEORGE

Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah

seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia

terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas

dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang

persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The

Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914–

1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam

The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If

You Were the Only Girl in the World “.

UMUM 
AMIS, KINGSLEY

Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel

Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang

lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang

paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,

Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang

pensyarah universiti yang muda berasa meluat

terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan

kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan

bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat

dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk

That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You

(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man

(1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women

(1984), dan The Old Devils (1986).

UMUM 
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO'ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937-     ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama.  Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah.  Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957).  Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur.  Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu.BUDAYATokoh
LILY EBERWEIN

LILY EBERWEIN (1900-1980), tokoh pendidikan wanita Sarawak. Dia lahir pada 11 Julai 1900 di Kuching, Sarawak. Bapanya ialah John Eberwein berketurunan Belanda Scottish, manakala ibunya ialah Maznah Ali. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Mary’s Kuching dan di Raffles Girl’s School di Singapura hingga Darjah Tujuh. Lily Eberwein memeluk agama Islam pada tahun 1913.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID, PUAN SRIPUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID,  Puan Sri  (1914 -       ), Ketua Wanita UMNO yang pertama. Dia lahir pada 28 Disember 1914 di Kuala Kangsar, Perak. Dia mendapat pendidikan di Anglo Chinese Girl School, Ipoh dan St. Agnes School, Teluk Anson.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIMNIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, Datuk (1939 -       ), tokoh akademik, pakar Bahasa dan pejuang pergerakan wanita. Dia lahir pada 17 Disember 1939 di Kota Bharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Zainab Kota Bharu, kemudian di Malay Girl’s College Kuala Lumpur, dan St. Francis Institution Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963, dan Sarjana Sastera pada tahun 1965. Dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari Ohio University, Amerika Syarikat pada tahun 1975.

 

BAHASATokoh

Kembali ke atas