Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad- Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India yang utama dan juga beberapa bahasa Barat. Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata, puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata). Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada tahun 100-an M. dan tahun 200-an M. |