Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.tar] | ݢيتر

Definisi : sj alat muzik spt biola yg dipetik talinya utk menghasilkan bunyi; ~ elektrik sj gitar yg dilengkapi peranti elektrik utk memperkuat dan mengubah suai bunyinya, biasanya digunakan utk muzik pop; bergitar bermain (memetik) gitar: bapanya pandai menggesek biola dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.tar] | ݢيتر

Definisi : alat muzik bertali enam yg dipetik dgn jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gitar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GITAR UMUM 
SEGOVIA, ANDRÉS

Segovia, Andrés (1893–1987) ialah pemain gitar

klasik tahun 1900-an yang paling berpengaruh.

Segovia telah membantu memantapkan teknik

moden bermain gitar dan bertanggungjawab

meningkatkan status gitar sebagai alat solo dalam

muzik klasik.

UMUM 
SPRINGSTEEN, BRUCE

Springsteen, Bruce (1949– ) ialah penyanyi,

penulis lagu, dan pemain gitar Amerika yang

popular. Peminatnya selalu menggelarnya “The Boss”.

Muzik Springsteen mencerminkan gaya ritma yang

bertenaga serta blues dan rock ‘n’ roll yang popular

pada tahun 1950-an. Dia mengubah sendiri hampir

kesemua lagu yang dipersembahkannya.

UMUM 
SIMON, PAUL

Simon, Paul (1942– ) ialah penyanyi,

penulis lirik lagu, dan pemain gitar Amerika

yang menubuhkan kumpulan muzik rakyat yang

terkenal pada tahun 1960-an bersama-sama

dengan rakannya semasa kecil, Art Garfunkel.

Simon memulakan kariernya sebagai penyanyi

solo yang berjaya pada tahun 1970-an.

UMUM 
CHRISTIAN, CHARLIE (1916–1942) Christian, Charlie (1916–1942) ialah ahli muzik
Amerika yang memperkenalkan gitar sebagai alat
muzik solo pada muzik jaz
UMUMUmum
THE WHO

The Who , menjadi salah sebuah kumpulan

penyanyi yang paling popular dalam sejarah muzik

rock British. The Who, pada mulanya terdiri

daripada pemain gitar, Peter Townshend (1945– );

penyanyi utama, Roger Daltrey (1945– ); pemain

bes, John Entwistle (1946– ); dan pemain dram,

Keith Moon (1947–1978). Selepas Keith Moon

meninggal dunia disebabkan dos dadah yang

berlebihan, Kenney Jones menjadi pemain

dramnya. Pada tahun 1989, Jones digantikan oleh

Simon Phillips. Kebanyakan muzik The Who

digubah oleh Townshend.

UMUM 
KUGIRAN

KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan ‘kumpulan’, ‘gitar’ dan ‘rancak’. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak.

BUDAYAAlat/Alatan
PARI

Pari ialah mana-mana anggota dalam sekumpulan

kira-kira 350 spesies ikan. Ikan ini termasuk pari

helang, ikan gitar, pari manta, ikan gergaji, sket, pari

sengat, dan pari torpedo.

UMUM 
BREAM, JULIAN

Bream, Julian (1933– ) ialah pemain gitar dan

pemain lut British. Bakat muziknya yang terserlah

menjadikannya sebagai penghibur yang popular

di Eropah dan Amerika Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas