GLASIER | | UMUM | |
MORAIN | Morain ialah tanah dan batu yang dibawa oleh glasier dan ditinggalkan apabila ais cair. Morain juga bermakna sekumpulan bahan di dalam glasier atau di permukaan glasier atau rabung tidak rata yang bahan ditinggalkan di tepi ais yang sedang cair. Pada setiap bahagian glasier di lembah gunung merupakan serpihan batu yang telah bergolek ke atas ais dari cerun berhampiran. Serpihan batu ini membentuk morain lateral. | UMUM | |
HAKISAN GLASIER | Hakisan glasier, hakisan yang dilakukan oleh glasier atau lembaran ais melalui proses-proses seperti lelasan, ragutan dan lain-lain yang mengakibatkan pemusnahan permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SUNGAI RHÔNE | Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron, untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône yang meluru seperti anak panah.” | UMUM | |
ZAMAN AIR BATU | Zaman geologi yang glasier meliputi sebahagian besar tanah daratan sehingga ke beberapa bahagian laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
TASIK AGASSIZ | Tasik Agassiz ialah tasik glasier terbesar yang pernah wujud di Amerika Utara. Ia meliputi sebahagian besar kawasan Manitoba, kini di Kanada dan bahagian-bahagian negeri dan wilayah yang berjiran dengannya. | UMUM | |
AISBERG | Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar, berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia terjadi daripada air beku segar | UMUM | |
LEMBAR AIS | Lembar ais, lapisan glasier yang menutupi permukaan kerak bumi di benua. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
LI SIGUANG | Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
MACMILLAN, DONALD BAXTER | MacMillan, Donald Baxter (1874–1970), penjelajah kutub Amerika yang banyak memberikan pengetahuan tentang Greenland dan Artik Kanada. Dia mendahului kepercayaan bahawa kawasan glasier sedang bergerak ke selatan. MacMillan menemui longgokan batu arang di kawasan sembilan darjah dari Kutub Utara. Longgokan ini merupakan sisa 36 jenis pokok dan menunjukkan bahawa iklim di kawasan tersebut pada suatu masa dahulu tidak sesejuk itu. | UMUM | |