Niland, D’arcy (1917–1967), pengarang Australia, menulis lima buah novel dan lebih daripada 500 buah cerpen. Niland merupakan penulis yang popular dan bukan novelis sastera. Tetapi pengkritik mengiktirafnya kerana kepakarannya dalam membina karyanya. Novelnya yang paling popular ialah The Shiralee (1955). Novel ini memaparkan dengan mendalam tentang seorang lelaki yang mengembara di daerah pedalaman dengan anak perempuannya yang berumur empat tahun. Karyanya yang lain termasuklah The Big Smoke (1959) dan Ballad of the Fat Bushranger (1961). D’arcy Francis Niland lahir di Glen Innes, New South Wales. |