Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ /boy, girl/, (in sports), /raja, ratu/ sst: the ~ boys of Malaysian badminton, raja-raja badminton Malaysia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. made of, largely consisting of, gold, emas: a ~ crown, mahkota emas; 2. like gold in colour, (berwarna) keemasan, berwarna emas: ~ hair, rambut keemasan; ~ yellow, kuning keemasan; 3. a. favourable, keemasan: a ~ opportunity, peluang keemasan; b. happy, glorious, sangat bahagia: the ~ days of our lives, hari-hari yg sangat bahagia dlm hidup kita; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golden


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GOLDEN, FLEECE UMUM 
JAMBATAN GOLDEN GATE UMUM 
GOLDEN TRIANGLE

Golden Triangle ialah kawasan pengeluaran dadah yang diharamkan di Asia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
APULEIUS, LUCIUS

Apuleius, Lucius (125?–170? M.), menulis satu-

satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam

bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau

Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The

Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan

seorang pemuda bernama Lucius yang telah

bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak

sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh

dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa

cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah

cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ).

UMUM 
NERO

Nero (37 M.–68 M.) ialah maharaja Rom yang

memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal

dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih

dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan

sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero

membina Golden House, istana yang sangat besar,

di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu.

Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero

memulakan kebakaran supaya dia boleh membina

istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang

Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak

popular di Rom, dan membunuh mereka.

UMUM 
SHOSTAKOVICH, DIMITRI

Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah

penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan

muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat

Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya

ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga

menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan

opera. Gubahannya yang paling popular termasuk

“Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age

(1930).

UMUM 
SOUTHALL, IVAN

Southall, Ivan (1921– ) ialah penulis Australia

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa

menerusi buku kanak-kanak karangannya. Dia

memenangi hadiah Anugerah Tahunan Buku

Kanak-kanak (Children’s Book of the Year Award)

pada tahun 1966, 1968, 1971, dan tahun 1976. Dia

juga menerima Anugerah Pingat Carnegie pada

tahun 1972, serta Anugerah Buku Kanak-kanak

Kebangsaan pada tahun 1986, selain beberapa

anugerah lain di Eropah, Jepun, dan Amerika

Syarikat. Dia menerima pingat Order of Australia

pada tahun 1981. Antara bukunya termasuklah

Hills End (1962), Ash Road (1965), To the Wild Sky

(1967), The Fox Hole (1967), Let the Balloon Go

(1968), Sly Old Wardrobe (1968), Bread and

Honey (1970), Josh (1971) Over the Top (1972),

Matt and Jo (1973), Fly West (1974), What About

Tomorrow (1977), The Golden Goose (1981),

The Long Night Watch (1983), Christmas in the

Tree (1985), Rachel (1986); Black Bird (1988), dan

The Mysterious Worid of Marcus Leadbetter

(1990).

UMUM 

Kembali ke atas