GONG | | UMUM | |
TELUK GONG | TELUK GONG, antologi puisi yang diterbitkan secara stensilan pada bulan Oktober 1967, di Kuala Lumpur. Antologi ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1987 oleh Penerbit INSAN, Kuala Lumpur. Kesemua puisi dalam antologi ini berkisar tentang nasib dan masa depan petani miskin di Teluk Gong. Petani yang diketuai oleh Hamid Tuah ini telah meneroka tanah di situ, tetapi telah ditindas oleh pemimpin peringkat negeri. Antologi puisi ini mengandungi 59 puisi yang dihasilkan oleh 41 orang penyair. Ia telah disusun oleh Usman Awang dan diberi kata pengantar oleh A. Bakar Hamid. | SASTERA | Karya |
BONANG | BONANG, sejenis alat muzik bergema (idiophone) yang digunakan dalam persembahan gamelan. Alat ini juga dikenal sebagai keromong, iaitu gong-gong kecil yang diletak secara mendatar (horizontal) di atas tali yang diregangkan merentasi bingkai atau kotak kayu segi empat panjang. Kotak ini berukuran lebih kurang 152 cm. Untuk menentukan yang tali regangan tidak kendur, kepingan kayu penyokong diletakkan di antara tiap-tiap biji bonang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
KOLEJ AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN | Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ialah sebuah pusat pengajian tinggi Islam. KUSZA yang terletak di Gong Badak, mempunyai kawasan seluas 144 hektar (350 ekar), dan jaraknya kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. | UMUM | |
ENGKEROMONG | ENGKEROMONG, alat idiofon yang terdiri daripada satu peranggu gong kecil berbentuk mangkuk bercembul biasanya lima hingga tujuh biji, diregangkan secara mendatar di atas bingkai kayu. Engkeromong dimainkan secara solo atau digabungkan dalam satu ensembel yang terdiri daripada dua biji gong yang digantung, dikenal sebagai tawak dan bendai, dan gendang ketebong yang berbentuk jam pasir. Dalam masyarakat Iban di daerah Saribas, gendang ketebong diganti dengan dumbak, iaitu gendang bulat panjang bermuka dua. | BUDAYA | Alat/Alatan |
HADRAH | HADRAH, seni pentas yang mengandungi nyanyian, tarian dan lakonan diiringi paluan rebana dan gong. Hadrah mempunyai kaitan dengan zaman awal Tamadun Islam di Tanah Arab kerana nyanyian hadrah mengandungi perkataan Arab. Hadrah biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau berkhatan di Perlis, Kedah, Seberang Perai dan Perak. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BETITIK | BETITIK, persembahan muzik tradisional suku kaum Bajau di Sabah untuk memeriahkan sesuatu majlis atau upacara seperti majlis belang (majlis perkahwinan). Persembahan betitik menggunakan alat muzik yang terdiri daripada dua biji gong, dua biji gendang, dua biji bebandil dan sebiji kulintangan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
CANANG | CANANG, alat idiofon logam yang diketuk pada cembul di permukaannya untuk menghasilkan bunyi. Canang biasanya terdiri daripada dua biji gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, direntang di atas dua utas tali atau rotan dan dipasang pada bingkai kayu. Diameter permukaan canang berukuran antara 15 cm hingga 20 cm. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KULINTANGAN | KULINTANGAN, set alat muzik idiofon yang terdiri daripada lapan atau sembilan biji gong kecil bentuk mangkuk yang disusun dalam satu barisan dan diletakkan di atas sebuah kerangka kayu yang menjadi penyalur bunyi. Kulintangan terkenal dengan nama kulintang di Thailand dalam ensembel pi phat, dan di Brunei kulintang dikenal dengan nama gulintangan. | BUDAYA | Alat/Alatan |