Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong dalam bahagian besar atau <i> filum i> alam haiwan yang dikenali sebagai <i> artropod i> . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna <i> tapak kaki bersendi i> . Sebenarnya, kaki dan bukan tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara kumpulan artropod yang terpenting adalah: (1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah, rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea, termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam, udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid, termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking; (4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang terbesar dari segi bilangan spesiesnya. |