Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gorge


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZINJANTROPUS

Zinjantropus ialah makhluk bak manusia yang

dipercayai oleh kebanyakan ahli antropologi

hidup kira-kira 1 750 000 tahun dahulu. Tengkorak

fosil Zinjantropus dijumpai pada tahun 1959 oleh

ahli antropologi British, Mary D. Leakey di

Olduvai Gorge di utara Tanzania. Ia adalah satu

daripada petanda awal bahawa makhluk bak

manusia primitif pernah hidup di timur Afrika.

UMUM 
AVON

Avon ialah kaunti di barat daya England. Ia wujud

dari tahun 1974 hingga 1996. Kaunti ini termasuk

bandar pelabuhan bersejarah di Bristol dan

merupakan bahagian selatan Gloucestershire dan

bahagian utara Somerset. Bandar Bath yang indah

terletak di kawasan ini. Seni bina teresnya dan

permandian Rom telah menjadikannya terkenal

sebagai tempat pelancongan. Sungai Avon, yang

darinya kaunti ini mendapat namanya, mengalir

melalui bahagian tengah kawasan ini. Ia memotong

laluan yang menakjubkan di Clifton Gorge.

Terentang di tengah gaung ialah Jambatan

Gantung Clifton, yang direka oleh Isambard

Kingdom Brunel dan telah disiapkan pada tahun

1864.

UMUM 

Kembali ke atas