Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika yang merintis usaha dalam pembangunan perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942. Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest, Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace Award) pada tahun 1959. |