Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata grand


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRAND NATIONAL UMUM 
TAMAN NEGARA GRAND CANYON

Taman Negara Grand Canyon, di Amerika

Syarikat, meliputi sebahagian besar Grand Canyon,

sebuah daripada ngarai yang paling hebat di dunia.

Sungai Colorado mengalir melalui ngarai yang

terbentang seluas 446 kilometer di barat laut

Arizona. Sebahagian daripada ngarai tersebut

sedalam 1.5 kilometer dan 29 kilometer lebar.

Taman ini juga meliputi bukit yang curam dan

puncak menara batu yang tinggi.

UMUM 
EMPANGAN GRAND COULEE

Empangan Grand Coulee ialah empangan

konkrit dan sumber kuasa air tunggal yang

terbesar di Amerika Syarikat.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 
PERJANJIAN TRIANON

Perjanjian Trianon ditandatangani oleh

Hungary dan Berikat Barat selepas Perang Dunia I

(1914–1918). Perjanjian itu ditandatangani di galeri

Grand Trianon, iaitu istana di Versailles, Perancis

pada 4 Jun 1920. Perjanjian ini menghukum keras

Hungary kerana penglibatannya dalam

peperangan. Amerika Syarikat, yang turut

menandatangani perjanjian ini, tidak pernah

meratifikasikannya tetapi membuat perdamaian

yang berasingan dengan Hungary pada tahun

1921.

UMUM 
ANDRETTI, MARIO

Andretti, Mario (1940– ), menjadi salah

seorang pelumba kereta Amerika yang paling

cekap. Andretti memenangi kejohanan lumba

kereta dunia Grand Prix pada 1978. Dia memenangi

perlumbaan Indianapolis 500 batu (800 kilometer)

pada 1969. Andretti memenangi kejohanan lumba

kereta U.S. Auto Club pada tahun 1965 dan pada

tahun 1966. Pada tahun 1966, dia menduduki

tempat pertama dalam lapan perlumbaan dalam

sirkit kejohanan Amerika Syarikat. Dia memenangi

kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat pada

tahun 1969 dan pada tahun 1983. Andretti lahir

dekat Trieste, Itali. Dia berpindah ke Amerika

Syarikat pada tahun 1955. Michael Andrett, anak

lelakinya, juga menjadi pelumba kereta yang

terkemuka.

UMUM 
STEWART, JACKIE

Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang

pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya.

Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah

memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix

Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu

Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969,

tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara

pada tahun 1968 dan tahun 1972.

UMUM 
KANPUR

Kanpur (pend. 2 103 483) ialah bandar terbesar di

Uttar Pradesh, sebuah negeri di utara India.

Kanpur terletak di sebelah barat tebing Sungai

Ganges dan Jalan Grand Trunk.

UMUM 
SUNGAI SNAKE

Sungai Snake ialah cawangan (cabang) utama

Sungai Columbia di Amerika Syarikat. Ia berpunca

di Wyoming berhampiran Continental Divide di

Taman Negara Yellowstone. Sungai ini

kemudiannya mengalir ke selatan melalui Taman

Negara Grand Teton. Ia kemudian membelok ke

barat dan mengalir merentasi Dataran Sungai

Snake di selatan Idaho. Projek pengairan,

empangan, dan air terjun membekalkan air untuk

kuasa serta pengairan.

UMUM 
TAMAN NEGARA BRYCE CANYON

Taman Negara Bryce Canyon, yang terletak

di selatan Utah, Amerika Syarikat, merupakan salah

satu kawasan di dunia yang mengandungi batuan

yang berbentuk aneh dan warna yang cantik. Ia

meliputi 14 500 hektar wilayah Grand Canyon di

Dataran Tinggi Colorado. Namanya adalah

sempena nama Ebenezer Bryce, perintis yang

menetap di wilayah ini pada tahun 1875.

UMUM 
12

Kembali ke atas