Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. important person, orang besar: legislation which affects the ~ and small alike, perundangan yg melibatkan orang besar mahupun orang biasa; 2. the ~s, tokoh (yg) /agung, ulung/: he is one of the ~s of Malay literature, dia salah seorang tokoh ulung dlm bidang kesusasteraan Melayu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : go ~ guns, (colloq), [various translations]: the last I heard, he was in the navy and going ~ guns, kali terakhir saya mendengar tentangnya dia sudah masuk tentera laut dan sedang meningkat naik; when I was at school, bell-bottoms were going ~ guns, semasa saya bersekolah, fesyen seluar kaki kembang begitu popular; be no ~ shakes, (colloq) tak begitu bagus: she’s a very talented singer but she’s no ~ shakes as an actress, dia penyanyi yg sangat berbakat tetapi sbg pelakon dia tak begitu bagus; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : dia tukang masak yg cukup handal; he is ~ at crossword puzzles, dia cukup cekap menyelesaikan teka silang kata; 9. (colloq) enjoyable, seronok betul: we had a ~ holiday, cuti kami seronok betul; 10. (colloq) splendid, baik, bagus: “How are you?” “G~!”, “Apa khabar?” “Baik!”; 11. (colloq), (to express contempt, bitterness) baguslah tu, eloklah tu: you’ve used up all our savings? That’s ~, kamu dah gunakan semua simpanan kita? Eloklah tu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. voracious, enthusiastic, kuat, kaki, /sangat, amat, sungguh/ suka: he is a ~ reader, dia sangat suka membaca; the boy is a ~ eater, budak lelaki itu kuat makan; he’s a ~ gambler, dia kaki judi; 7. of lengthy period, time, etc, lama: a man who lived to a ~ age, lelaki yg hidup lama; due to the ~ age of the document, it has to be kept in air-conditioning, oleh sebab dokumen itu telah lama, dokumen itu mesti disimpan dlm keadaan berhawa dingin; 8. (colloq) skilled, cukup /cekap, handal/: she is a ~ cook(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. remarkable, outstanding, agung, ulung, unggul; (included in names of historically important persons) Agung: a ~ work in Malay literature, karya sastera Melayu yg agung; a ~ leader, pemimpin yg ulung; a ~ composer, penggubah lagu yg agung; a ~ statesman, negarawan yg ulung; Michelangelo was a ~ sculptor, Michelangelo ahli seni pahat yg agung; Alexander the G~, Iskandar Agung; 5. important, significant, penting: one of the ~ events of modern history, salah satu peristiwa penting dlm sejarah moden; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the ~ majority of drug addicts are below thirty years of age, sejumlah besar penagih dadah di bawah umur tiga puluh tahun; 2. extreme, intense, /sangat, sungguh, begitu/ + approp adj: it’s a ~ pleasure meeting him, saya amat gembira bertemu dengannya; she has ~ patience with children, dia sungguh sabar dgn kanak-kanak; she was a ~ beauty when she was young, dia sungguh jelita semasa muda; her mother’s illness is a ~ worry to her, penyakit ibunya sungguh merisaukan dia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. big in size, extent, etc, (sangat) besar: this ~ lump of rock just missed my head, batu yg besar ini nyaris-nyaris mengenai kepala saya; a ~ gathering of all the clans takes place every year, perhimpunan yg besar suku-suku kaum diadakan setiap tahun; there has been a ~ change in him lately, terdapat perubahan yg besar pd dirinya akhir-akhir ini; a ~ contribution to the world of science, sumbangan yg sangat besar kpd dunia sains; drug addiction is a ~ problem, penagihan dadah ialah satu masalah yg sangat besar; the ~ majority of, sejumlah besar: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata great


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GREAT BRITAIN UMUM 
TASIK GREAT BEAR

Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di

Kanada dan tasik yang keempat terbesar di

Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan

31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut.

Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan

yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan

Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga

terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini

selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun.

UMUM 
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY

Pergunungan Great Smoky diberi nama

sedemikian kerana pergunungan itu biasanya

diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini

adalah antara yang tertinggi dan paling

berceranggah dalam sistem Pergunungan

Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky

dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200

spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana

kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan

seperti asap kabus di puncak gunung.

UMUM 
TASIK GREAT SALT

Tasik Great Salt ialah salah satu daripada

keajaiban semula jadi dunia. Ia adalah laut

pedalaman di barat laut Utah, Amerika Syarikat.

Ahli sains percaya bahawa ia adalah sebahagian

daripada tasik air tawar yang terdampar di rantau

itu bertahun-tahun lalu dan lebih besar daripada

Tasik Huron. Tasik ini yang dikenal sebagai Tasik

Bonneville oleh ahli geologi, perlahan-lahan kering

membentuk beberapa tasik yang lebih kecil. Tasik

yang paling besar ialah Tasik Great Salt.

UMUM 
GURUN GREAT SANDY UMUM 
GURUN TASIK GREAT SALT UMUM 
TASIK GREAT SLAVE

Tasik Great Slave, salah satu tasik terbesar di

Amerika, yang meliputi 28 438 kilometer persegi di

wilayah barat laut Kanada. Ia terletak kira-kira 400

kilometer di timur Pergunungan Rocky. Air tasik itu

kebanyakannya dari Sungai Slave. Saluran

keluarnya menjadi permulaan Sungai Mackenzie

yang besar.

UMUM 
ENGLAND

England ialah bahagian politik terbesar daripada

empat wilayah yang membentuk United Kingdom

of Great Britain dan Ireland Utara. Tiga buah

bahagian politik United Kingdom, yang biasanya

dikenali sebagai Great Britain ataupun Britain

sahaja, ialah Ireland Utara, Scotland dan Wales.

UMUM 
SUNGAI MACKENZIE

Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah

sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke

utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari

Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort.

Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5

kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air

mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang

mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari

anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great

Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga

masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave

yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai

Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena

nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie.

UMUM 
PERJANJIAN NANKINGPerjanjian yang ditandatangani di antara Great Britain dengan negeri china selepas meletusnya Perang Candu I (1839-1842).SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
123456789

Kembali ke atas