Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gréd] | ݢريد

Definisi : (gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga); menggredkan menentukan gred (mutu); penggredan perihal atau perbuatan menggredkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gréd] | ݢريد

Definisi : /gréd/ 1 peringkat atau darjah sesuatu nilai dll; mutu: Padi itu dibeli dgn harga yg ditetapkan mengikut ~ masing-masing. 2 kelas bagi barang-barang yg sama jenisnya: Getah asli dikeluarkan dlm berbagai-bagai bentuk dan ~. 3 peringkat atau tingkatan kelulusan (dlm peperiksaan dll): Ani mendapat ~ pertama dlm peperiksaan SPM. menggredkan membahagi-bahagikan mengikut gred: Pekerja itu ~ telur mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gred


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAVAGE

Savage ialah sebatang sungai di pergunungan

barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya

lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil

secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang

dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada

lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu

ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi

dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan

magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87

kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ,

bijih besi dibentuk menjadi penabur yang

diameternya kira-kira satu sentimeter, dan

dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir

2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap

tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke

Jepun.

UMUM 
TEMBAKAU

Tembakau ialah tumbuhan yang daunnya

digunakan terutamanya untuk membuat rokok dan

cerut. Keluaran tembakau yang lain termasuk

tembakau hisap untuk sentil, tembakau songel atau

tembakau sugi dan tembakau sedut. Gred daun

tembakau yang kurang baik digunakan untuk

membuat racun serangga dan disinfektan. Tangkai

dan batangnya dijadikan ramuan sesetengah jenis

baja.

UMUM 
MOHD. SALLEH ABAS, TUN

MOHD.   SALLEH ABAS, Tun (1929-    ), peguam, Ketua Hakim Negara yang kelima (1984-1988). Dia lahir pada 25 Ogos 1929 di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kampung Raja dan kemudian dia mempelajari agama dan bahasa Arab di Sekolah Arab Madrasah Haji Omar, Kampung Raja, Besut. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu selama dua tahun dalam Special Malay Class. Dia lulus dengan Gred Satu dalam peperiksan Senior Cambridge.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. DESA PACHI, DATO'

MOHD. DESA PACHI, Dato’ (1934-    ), ahli korporat, Ketua Eksekutif PNB pertama (1978). Dia lahir pada 28 April 1934 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mohd. Desa memulakan pendidikan rendahnya di sekolah Melayu pada tahun 1941. Pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua. Selepas perang, dia menyambung pelajarannya selama lebih kurang setahun. Dia kemudian belajar di Francis Light School , Pulau Pinang dari tahun 1947 hingga tahun 1949. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, dia menerima pendidikan menengah di Penang Free School dan mencipta sejarah apabila dia adalah satu-satunya pelajar Melayu yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu bagi seluruh Pulau Pinang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas