| GREECE | | UMUM | |
| MESSENIA | Messenia ialah satu jabatan (bahagian politik) di Greece. Ia juga merupakan kawasan yang penting pada zaman dahulu. Messenia terletak di semenanjung Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Kawasannya seluas 2991 kilometer persegi dan penduduknya seramai 170 000 orang. Kalamai ialah ibu wilayah jabatan ini. Kawasan pertanian Messenia merupakan kawasan pertanian yang terkaya di Greece. | UMUM | |
| ACHAEAN | Achaean ialah orang Yunani purba yang tinggal di Peloponnesus (semenanjung di selatan Greece), di timur tengah Greece, dan di pulau-pulau Crete, Rhodes, Cephalonia, dan Ithaca. | UMUM | |
| OTTO I | Otto I (1815–1867) ialah putera Bavaria, yang menjadi raja Greece yang pertama selepas negara itu bebas daripada penjajahan Turki pada tahun 1830 [lihat Greece (Otto I)]. | UMUM | |
| PIRAEUS | Piraeus (pend. 179 967) ialah bandar ketiga terbesar di Greece, selepas Athens dan Salonika. Piraeus terletak di sepanjang pantai Teluk Saronic, lapan kilometer di barat laut Athens. Untuk lokasi, lihat Greece (peta). | UMUM | |
| ARCADIA | Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba. Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang terdiri daripada gunung dan lembah subur di Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M. Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar- bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi Arcadia. | UMUM | |
| TERUSAN CORINTH | Terusan Corinth, menyediakan laluan air di antara Teluk Corinth dan Teluk Saronic di bahagian tengah timur Greece. Panjangnya terusan ini ialah 6 kilometer. Ia merentasi sejalur tanah yang sempit yang menyambung Semenanjung Peloponnesus dengan tanah besar Greece yang lain. Sebuah syarikat Perancis mula membina terusan ini pada tahun 1882, dan Greece menyiapkannya pada tahun 1893. Satu percubaan untuk membina sebuah terusan seperti itu telah pun dibuat oleh Nero, Maharaja Rom, pada tahun 67 M. | UMUM | |
| SALONIKA | Salonika atau dalam bahasa Yunani Thessaloniki (pend. 406 403; pend. kaw. met. 706 180) ialah pelabuhan di Teluk Salonika di Greece. Untuk lokasi, lihat Greece (peta). Sehingga tahun 1912, Salonika menjadi milik Turki. Minaret , iaitu menara masjid banyak kelihatan di kota ini. | UMUM | |
| MYCENAE | Mycenae ialah bandar di Greece purba yang terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman, Heinrich Schliemann menemui lima tanah perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876. Penemuan ini telah memulakan penyelidikan tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece. Kubur-kubur yang dikenali sebagai Perkuburan Shaft , mengandungi permata, senjata-senjata gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat daripada gangsa, emas dan perak. | UMUM | |
| ATHENS | Athens (pend. 748 110; pend. kaw. met. 3 096 775) ialah kota yang paling terkenal dan bersejarah di dunia. Ia menjadi ibu negara Greece pada tahun 1833, setelah penduduk Greece membebaskan diri mereka daripada pemerintahan Turki. Namun, kemasyhuran Athens yang paling unggul bermula pada tahun 400 S.M., apabila ia menjadi kota yang paling berkuasa dan bertamadun di dunia. Nama kota itu dalam bahasa Yunani ialah Athinai. | UMUM | |