PLUTARCH | Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi dan penulis Greek yang terkenal dengan penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang negarawan atau jeneral Greek dan Rom. Perbandingannya sering kali dilakukan secara paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber penting dalam maklumat sejarah. | UMUM | |
THESSALY | Thessaly ialah kawasan di bahagian utara Greek. Ia meliputi kawasan seluas 13 903 kilometer persegi dan jumlah penduduknya kira-kira 700 000 orang. Untuk lokasi lihat Greece (peta). Volos dan Larisa merupakan bandar terbesar di Thessaly. Tiga buah gunung di kawasan sempadan Thessaly, ialah Olympus , Pelion, dan Ossa, yang penting dalam sejarah dan legenda Yunani. | UMUM | |
DIONYSIUS THE ELDER | Dionysius the Elder (430?–367 SM) ialah raja Greek yang zalim dan ketua angkatan tentera yang memerintah Sicily purba hampir selama 40 tahun. | UMUM | |
PERLUMBAAN LEBUH RAYA | Acara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MICHAELMAS | Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada 29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja England, dan pada 8 November di gereja Greek, Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai memperingati Saint Michael yang digelar ‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M. Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik. Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan Cambridge. | UMUM | |
DEMOSTHENES | Demosthenes (384?–322 S.M.) ialah negarawan Athens dan dianggap sebagai pemidato Yunani yang termasyhur. Dia terkenal kerana Philippics, iaitu beberapa siri ucapan yang menentang Raja Philip II dari Macedonia sebagai ugutan bagi kebebasan orang Greek. Hari ini, istilah philippic bererti ugutan yang tajam. | UMUM | |
NICOSIA | Nicosia (pend. 163 700) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Cyprus, sebuah pulau republik di Laut Mediterranean . Ia terletak di bahagian utara-tengah pulau ini (lihat Cyprus [peta]). Bandar ini menjadi pusat perniagaan dan pentadbiran pulau ini. Ia juga merupakan pusat perdagangan di Dataran Mesaoria. Antara keluaran kawasan ini termasuklah buah badam, buah-buahan, minyak zaitun, gandum, dan wain. Pada tahun 1974, tentera Turki menyerang Cyprus. Nicosia kemudian terbahagi kepada bahagian Cypriot Turki di utara dan bahagian Cypriot Greek di selatan. Pejabat kerajaan yang utama di pulau ini terletak di bahagian selatan. | UMUM | |
SCULLARD, HOWARD HAYES | Scullard, Howard Hayes ( 1903–1983) ialah pakar Inggeris tentang sejarah Rom purba. Karya Scullard sebahagian besarnya tertumpu pada penulisan tentang Republik Rom, tetapi salah sebuah bukunya yang terbaik, From the Gracchi to Nero (1959), merupakan fakta dan analisis yang bijak tentang peralihan pemerintah daripada Republik kepada Empayar. Karya Scullard yang lain termasuklah A History of the Roman World from 753 to 146 B.C. (1935), A History of the Roman World from 146 to 30 B.C. (1953), Rome and the Etruscan Cities (1967) , The Elephant in the Greek and Roman World (1974), dan Roman Britain: Outpost of Empire (1979). Howard Scullard pernah menjadi editor bersama The Oxford Classical Dictionary. | UMUM | |