MERIDIAN GREENWICH | Meridian Greenwich ialah garisan utara-selatan yang merentasi Greenwich, sebuah kawasan pilihan raya bandaran (borough) London, pada peta bumi. Meridian Greenwich sering dikenali sebagai meridian perdana. Ia ditandai oleh 0°garisan bujur, dan semua meridian garisan bujur yang lain dinomborkan timur atau barat meridian ini. | UMUM | |
GREENWICH | | UMUM | |
Waktu Min Greenwich | Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
PUTERA PHILIP | Putera Philip (1921– ) ialah suami kepada Ratu Elizabeth II dari Great Britain. Gelaran penuhnya ialah His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, Baron Greenwich. | UMUM | |
MERIDIAN | Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. | UMUM | |