Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gré.nad] | ݢريند

Definisi : (grénad) bom kecil yg dilemparkan atau ditembakkan ke arah sasaran dgn sj senapang; menggrenadkan melemparkan atau me­nembakkan grenad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gré.nad] | ݢريند

Definisi : /grénad/ bahan letupan yg dilemparkan dgn tangan; bom tangan. menggrenad melemparkan grenad pd seseorang atau sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata grenad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 
BOM

Bom ialah senjata yang meletup. Bom digunakan

terutamanya dalam peperangan. Pengganas

juga menggunakannya. Bom membunuh dan

mencederakan manusia dan memusnahkan

bangunan, kapal terbang, kapal laut, dan sasaran

lain. Kebanyakan bom terdiri daripada selongsong

logam berisi bahan letupan atau bahan kimia.

Sesetengah bom cukup kecil hingga boleh dibawa

dengan tangan. Pengganas sering menggunakan

bom demikian. Dalam peperangan, bom kecil

boleh dicampakkan sebagai grenad atau

dilepaskan dari meriam. Walau bagaimanapun,

kebanyakan bom adalah besar dan digugurkan dari

kapal terbang.

UMUM 

Kembali ke atas