LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah.
Thanks for clicking. That felt good.