GUAR KEPAH | GUAR KEPAH, tapak timbunan cangkerang sisa buangan makanan manusia zaman prasejarah. Tapak ini penting kerana merupakan tapak yang pertama dalam sejarah penelitian arkeologi Malaysia dan diterbitkan dalam majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Transaction of the Ethnographical SocietyI> pada tahun 1860, oleh G.W. Earl. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
GUAR | | UMUM | |
RAHMAN SHAARI | RAHMAN SHAARI (1949- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |