Poitier, Sidney (1927– ) ialah pelakon filem Amerika yang menjadi simbol kejayaan cemerlang kaum kulit hitam dalam industri filem di Amerika Syarikat. Dia muncul dalam beberapa filem yang berperanan realistik mengenai masalah perkauman di Amerika Syarikat. Filem-filemnya termasuklah No Way Out (1950), The Blackboard Jungle (1955), Edge of the City (1957), Guess Who’s Coming to Dinner (1967) dan In The Heat of the Night (1967). Poitier memenangi Academy Award melalui lakonannya dalam filem Lilies of the Field (1963). |