GUGUSAN PULAU | | UMUM | |
SAMOA | Samoa ialah gugusan pulau di Lautan Pasifik Selatan. Gugusan pulau-pulau ini dahulunya dinamakan Navigators Islands kerana pembuatan kanu yang baik oleh orang Samoa. Samoa meliputi kawasan seluas 3039 kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 193 000 orang. Hampir kesemua penduduknya adalah orang Polinesia. | UMUM | |
PULAU PALM | Pulau Palm ialah gugusan pulau yang terletak 64 kilometer di utara Townsville dan 32 kilometer di timur Ingham di Queensland Utara, Australia. Pulau Great Palm, iaitu pulau yang terbesar dalam gugusan ini, meliputi kawasan seluas 65 kilometer persegi. Bukit bukaunya yang curam dilitupi hutan hujan yang tebal. Di Teluk Challenger di barat laut pulau ini, terdapat sebuah petempatan Orang Asli Australia yang mempunyai penduduk kira-kira 2000 orang. | UMUM | |
TONGA | Gugusan pulau-pulau di Lautan pasifik Selatan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SVALBARD | Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen. Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan Artik [peta]; Norway [peta]). | UMUM | |
PESCADORES | Pescadores (pend. 100 288) ialah gugusan 63 buah pulau yang meliputi keluasan 127 kilometer persegi di Selat Taiwan, iaitu antara Taiwan dengan China. | UMUM | |
LEPUH SEJUK | Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang disebabkan oleh virus yang dinamakan virus herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku di mana-mana sahaja pada badan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila seseorang itu mendapat selesema atau demam. | UMUM | |
RHODES | Rhodes ialah salah sebuah pulau dalam gugusan Kepulauan Dodecanese di Laut Aegean. Pulau ini terletak 19 kilometer dari barat daya pantai Asia Kecil. | UMUM | |
TIERRA DEL FEUGO | Tierra del Feugo ialah nama gugusan pulau yang terletak di luar di hujung paling selatan di Amerika Selatan. Tierra del Feugo bermaksud Tanah api. Nama ini diberi oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1520 kerana dia ternampak api di sepanjang pantai. Ketika penduduk asli yang tinggal di sini biasanya memasang banyak unggun api untuk memanaskan diri, Magellan sedang mencari laluan ke Pasifik. | UMUM | |
ENDOMETRIOSIS | Endometriosis ialah penyakit dalam sistem pembiakan wanita yang melibatkan gugusan sel dari lapisan uterus menyerang bahagian lain. | UMUM | |