GULA-GULA GETAH | | UMUM | |
GULA-GULA | | UMUM | |
SIRAP JAGUNG | Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses makanan menggunakannya untuk memaniskan makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan banyak makanan yang lain. Sirap jagung menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia juga menarik dan membendung lembapan, dan dengan itu ia membantu mencegah makanan berbakar daripada menjadi keras. | UMUM | |
MAKANAN MANISAN | Makanan manisan lihat Gula-gula. | UMUM | |
KAYU MANIS | Kayu manis ialah rempah popular yang digunakan dalam masakan dan untuk memperasa gula-gula dan jeruk. Ia diperoleh daripada bahagian dalam kulit pokok kayu manis. | UMUM | |
MOLASES | Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit. Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases digunakan untuk membru, memasak, membuat gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
BUBBLE GUM | Bubble gum ialah sejenis gula-gula getah. | UMUM | |
MESIN LAYAN DIRI | Mesin layan diri ialah mesin yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi, aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin layan diri boleh digunakan 24 jam sehari. | UMUM | |
ALUMINIUM | Aluminium juga dieja aluminum , ialah logam ringan berwarna perak yang boleh dibentuk menjadi hampir sebarang bentuk. Aluminium boleh digelek menjadi kepingan tebal untuk membuat kereta kebal atau menjadi kerajang nipis untuk membuat pembalut gula-gula getah. | UMUM | |
MALT | Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila barli dan sesetengah bijian yang lain diproses secara khusus. Ia digunakan dalam proses membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan makanan bayi. | UMUM | |