SEWAR, senjata pendek yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan digunakan dalam upacara istiadat. Senjata ini juga dijadikan sebagai senjata sulit kerana senang disorokkan di dalam gulungan kain sarung yang dipakai atau disisipkan di dalam gulungan kain dan tidak mudah kelihatan sama ada dari jauh ataupun dekat.
SANGGUL, gelung, simpul atau gulungan rambut yang lazimnya terletak di bahagian atas, belakang atau tepi kepala. Sanggul dihasilkan daripada rambut yang terurai, digubah pelbagai bentuk agar rambut itu lebih kemas. Sanggul juga disebut sebagai ‘kundai’, ‘konde’, ‘siput’ atau ‘bun’. Di kalangan orang Malaysia, sanggul juga disebut sebagai siput.
Sesshu (1419–1506), sami Buddha, yang
merupakan pelukis landskap Jepun yang paling
masyhur dalam tradisi lukisan dakwat Cina.
Gaya lukisannya mudah dikenali melalui gubahan
yang begitu menonjol, lukisan yang begitu
berpengaruh dengan mengetepikan unsur
permodelan yang halus. Mahakaryanya ialah
satu gulungan panjang lukisan yang
menggambarkan pemandangan sungai di China.
Sesshu mempelajari seni lukis dengan
mengkaji karya pakar lukisan dakwat Cina
tahun 1200-an.
Thanks for clicking. That felt good.