| ZENO ELEA | Zeno Elea (490? SM – 430 SM) ialah ahli falsafah Yunani yang tinggal di tanah jajahan Yunani, iaitu Elea di selatan Itali. Dia mempertahankan ajaran gurunya, iaitu ahli falsafah Parmenides, yang percaya apa yang wujud adalah satu, kekal abadi, dan tidak berubah. | UMUM | |
| SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL | Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh, nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130 buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al- Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al- Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l- Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al- Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al- Taubikh li-Man Zam al-Tarikh. | UMUM | |
| ABU NU‘AYM AL-ASBAHANIY | Abu Nu‘aym al-Asbahaniy (336 H.–430 H./948 M.–1038 M.), penghafaz hadith, ahli sejarah dan ulama besar dalam bidang hadith yang diiktiraf oleh ramai guru. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn ‘Abdullah ibn Ahmad al-Mihraniy al-Asbahaniy. Dia sering bersendirian dalam usaha mendapatkan ijazah daripada gurunya sebagaimana dia bersendirian dalam mencari ilmu daripada para ulama. Ramai penghafaz hadith datang mencarinya untuk mendapatkan hadith kerana keilmuannya, kuat penjagaannya terhadap hadith dan ketinggian sanad-sanadnya. Ibn Mardawayh berkata “Tidak ada orang yang lebih tinggi hafalan serta ilmu sanad hadith selain daripadanya”. Antara karya hasil karangan Abu Nu‘aym al-Asbahaniy ialah: Hilyah al- Awliya’; al-Mustakhraj ‘ala al-Bukhariy; al-Mustakhraj ‘ala Muslim; Dala’il al-Nubuwwah; Ma‘rifah al- Sahabah; Tarikh Asbahan; Fada’il al-Sahabah; Sifat al- Hibnah wa al-Tibb dan al-Mu‘taqid . Abu Nu‘aym al- Asbahaniy hidup selama 94 tahun. | UMUM | |
| NUMEIRI JA'AFAR | Numeiri Ja’afar (1348 H.– / 1930 M.– ), Jaafar Muhammad Numeiri ialah presiden Republik Sudan dari bulan Mei 1969 hingga April 1985. Dia lahir di Ummu Darman, belajar di sekolah rendah dan menengah di sana. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah Hantub Menengah yang sistemnya berdasarkan kolej Ghurdun al-Tizkaryyah dan ramai gurunya dari England. | UMUM | |
| SAM'ANIY, AL- | Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al- Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal kerana telah banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bilangan gurunya melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al- Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka menurut susunan abjad. | UMUM | |
| SHARBINIY, SYAMS AL-DIN AL- | Sharbiniy, Syams al-Din al ( ? – 977 H. / ? –1569 M.), ahli fiqh mazhab Syafi‘i, ahli tafsir dan juga pakar nahu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad al-Sharbiniy al-Qahiriy yang lebih dikenali dengan nama al-Khatib al-Sharbiniy Syams al-Din. Dia lahir di Kaherah dan berguru dengan para sarjana Mesir pada zamannya. Dia mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmunya semasa guru-gurunya masih hidup. Orang sezamannya memperakui kebaikan, kelebihan dan kezuhudannya dalam hal keduniaan. Antara buku karangannya ialah al-Siraj al-Munir fi al-I‘anah ‘ala Ma‘rifat ba‘du Ma‘aniy Kalam Rabina al-Hakim al-Khabir, al-Fath al-Rabbaniy fi Hilliy Alfaz Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjaniy dan Sharh Minhaj al- Din li al-Jurjaniy fi Sha‘biy al-Iman. | UMUM | |
| IDRIS SALAM | IDRIS SALAM (1920- ), pelukis. Dia lahir pada tahun 1920 di Kelang, Selangor Darul Ehsan. Dia mula menerima didikan seni lukis daripada gurunya, Mohd. Said dan Ahmad Abdullah ketika menuntut di Maktab Perguruan Tanjung Malim (1937-1940). Dia juga pernah mendapat bimbingan melukis warna air daripada Peter Haris, penyelia seni lukis di sekolah-sekolah Malaya (1955-1956). Kemudian, Idris berpeluang mengikuti kursus di Kolej Seni Lukis dan Kraftangan di United Kingdom (1957-1958). | BUDAYA | Tokoh |
| ARISTOTLE | Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik, dan ahli sains Yunani yang merupakan salah seorang ahli fikir yang paling agung dan paling berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau purba yang paling terpelajar dan paling berilmu. Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan pembangunan pemikiran Yunani sebelum zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik, dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua orang ahli falsafah Yunani purba yang paling penting. | UMUM | |
| TUN MAI ULAT BULU | TUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu. Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin. Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu. Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MUHAMMAD ARSHAD AL-BANJARI | MUHAMMAD ARSHAD AL-BANJARI (1710-1812), ulama Indonesia. Dia lahir di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Nama penuhnya ialah Syekh Muhammad Arshad bin Abdullah. Selepas mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya, dia menyambung pelajarannya ke Makkah dan Madinah pada tahun 1739 dan pulang ke Banjarmasin pada tahun 1772. Antara gurunya yang terkenal di Makkah ialah Syekh Ata’uLlah yang mengajar di Masjid al-Haram. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |