Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ḥa]/[ḥa/] | حاء

Definisi : ( a) 1. = ~ kecil = ~ pedas huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan); 2. huruf ketujuh abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ḥa]/[ḥa/] | حاء

Definisi : 1. = ~ besar = ~ simpul huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima); 2. huruf ke-32 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ḥa]/[ḥa/] | حاء

Definisi : 1. sr kata utk mengejek atau menyedarkan orang yg mendapat akibat drpd perbuatan yg dilarang (diingatkan dll): ~, rasakan!; ~, itulah tak dengar kata orang! 2. sr kata utk menyatakan kepuasan atau kelegaan pe­rasa­an: ~, dapat juga akhirnya!; ~, itu pun dia datang! (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ha


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSH HA-SHANAH

Rosh Ha-Shanah ialah perayaan Tahun Baru

orang Yahudi. Perkataan Hebrew Rosh Ha-Shanah

(juga ditulis Rosh Hashanah ) bermakna Permulaan

Tahun.

UMUM 
ZULHIJAH

Zulhijah ialah nama salah satu bulan dalam tahun

Hijrah. Ada sesetengah orang menyebut ‘Zulhajah’

dengan huruf haberbaris di atas. Ia merupakan

bulan ke-12 mengikut takwim Hijrah. Ia dinamakan

Zulhijah pada tahun 412 M, iaitu pada zaman Kilab

ibn Murrah, moyang kelima Nabi Muhammad

SAW bersempena dengan bulan haji.

UMUM 
MERKUROKROM

Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air.

Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom

adalah satu daripada antiseptik yang dikenali

sebagai merkurial organik yang mengandungi

merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar

berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini

berwarna merah pekat. Formula kimia

merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan

merkurokrom biasanya tidak terbakar atau

merengsakan apabila disapu pada luka.

Lihat juga Antiseptik.

UMUM 
SURAH TAHA

Surah Taha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama

surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan

bahawa ia seperti surah yang lain yang pada

permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau

Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua

mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w.

sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya

dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah

S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna

“Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua

belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha

adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan

Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat

yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan

salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

UMUM 

Kembali ke atas