Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menghadi Kd, Pn memukul, menyebat: ~ kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hadi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HASNUL HADI SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PUZI HADIPUZI HADI  (1951 -      ), penyair. Dia lahir pada 9 Mei 1951 di Kulim, Kedah.  Puzi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Alor Setar, Kedah. Nama Puzi Hadi terkenal sebagai penyair dan pendeklamasi sama ada di tanah air mahupun serantau.SASTERATokoh
ABDUL HADI MUHAMMADABDUL HADI MUHAMMAD (1954-  ), penulis. Dia lahir di Kampung Humalanas, Takbai, Wilayah Narathiwat, Thailand Selatan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Maahad Muhammad, Kota Bharu, Kelantan. SASTERAKonsep
SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah

penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun,

dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau,

Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji

mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia

kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan

Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya.

Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu

daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang

tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur

Tengah.

UMUM 
ABDUL HADI HAJI HASSANABDUL HADI HAJI HASSAN (1900-1937), penulis. Dia lahir di Kampung Batang Tiga, Melaka. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batang Tiga. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HADI HASSAN

Hadi Hassan (1906-1937), tokoh yang banyak berjasa terutamanya dalam bidang penulisan sejarah tanah air.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL HADI W.M

ABDUL HADI W.M (1946- ), penyair sufi Indonesia. Dia banyak memberi kuliah dan ceramah di beberapa tempat di Malaysia dan  pernah dilantik sebagai Ahli Cipta pada tahun 1991 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kesempatan inilah digunakannya untuk meraih gelaran Doktor Falsafahnya.

 
SASTERAKonsep
HADI AWANG

HADI AWANG (1947 -      ), ulama, pendakwah dan tokoh politik PAS. Dia lahir pada 20 Oktober 1947 di Rusila, Marang, Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED ALWI SYED SYEKH AL-HADI

SYED ALWI SYED SYEIKH AL-HADI (1892-1967), penulis dan tokoh kewartawanan. Beliau lahir pada 8 Ogos 1892 di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Syed Alwi ialah anak kepada Syed Syeikh al-Hadi. Syed Alwi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura, Raffles School dan Anglo Chinese School hingga lulus Darjah Tujuh (1914). Pada bulan Mei 1914, beliau melanjutkan pelajarannya di Othmaniah Islamiah College, Beirut dalam bidang pendidikan Arab selama setahun. Beliau turut melanjutkan pelajaran di Maktab Syrian Protestant, Syria (kini American University of Beirut) selama tiga tahun. Setelah tamat dari maktab ini, beliau memasuki Kolej Perubatan tetapi tidak sempat menamatkan pelajarannya kerana Perang Dunia Pertama.

SASTERATokoh
SYED SYEKH AHMAD AL-HADI

SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI, (1867-1934), wartawan dan penulis. Beliau lahir di Kampung Ulu, Melaka. Syed Syeikh berketurunan Arab dan tergolong sebagai orang yang berada di Melaka ketika itu. Sejak kecil, beliau dididik oleh orang tuanya dalam bidang agama. Ketika berumur 14 tahun, Syed Syeikh telah dihantar ke Riau untuk mempelajari hal yang berhubung dengan agama, bahasa Melayu dan bahasa Arab daripada Raja Ali Kelana yang kemudiannya menjadi bapa angkatnya. Kemudian, beliau dihantar ke Makkah, Beirut dan Kaherah untuk meluaskan lagi pengetahuannya. Di Kaherah, beliau berpeluang menimba pengetahuan daripada Syeikh Muhammad Abduh.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas