Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENJODOH BILANGANkata yang hadir di antara kata bilangan dengan kata nama dalam sesuatu frasa nama.BAHASAKonsep
DEPOSISI

Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat

hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan

bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai

kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana

saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua

belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu

hadir di mahkamah.

UMUM 
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
SANGKURIANG

SANGKURIANG, legenda Sunda.  Dalam bahasa Sunda disebut “dogeng sasakala”.  Pada umumnya cerita dongeng ini mempertemukan dua gejala alam yang hadir di suatu tempat, iaitu gunung dan air (danau atau lubuk).

SASTERAPeristiwa
SEPINA

Sepina ialah perintah undang-undang bertulis

atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi

testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut

berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub ,

yang bermakna di bawah , dan peona yang

bermakna denda atau penalti . Seseorang yang

menerima sepina hendaklah mematuhinya,

dengan pengertian dia akan menerima penalti

kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa

Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum

(bermakna membawa bersama-sama anda dengan

penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke

mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas,

buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain.

Lihat juga Saksi .

UMUM 
PEPERMAS

PEPERMAS, organisasi ekonomi orang Melayu. PEPERMAS ialah singkatan Pusat Perekonomian Melayu Semalaya. Pertubuhan ini dibentuk pada 23 Mac 1947 dalam kongres yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Agama (MATA). Kongres ini berlangsung dari 22 hingga 24 Mac 1947 di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggul, Perak. Seramai 2000 orang hadir dalam kongres tersebut. Mereka terdiri daripada cendekiawan Islam, ulama dan usahawan. Turut hadir ialah perwakilan dari Singapura dan beberapa wilayah Sumatera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./

? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu

Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM 
PERSIDANGAN AFRO-ASIA

PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika.  Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955.  Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman.  Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas