Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dis]/[ha.dith] | حديث

Definisi : Ar sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (utk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam): ada sepotong ~ Nabi SAW yg dapat memberi jawaban tepat kpd kemusykilan ini; berhadis bercakap (berucap) dgn mengguna­kan hadis sbg dalil: dia ~ utk menguatkan hujahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dis]/[ha.dith] | حديث

Definisi : sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di­riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. berhadis mengucapkan atau meng­gunakan hadis sbg dalil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hadis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI

Muhammad Idris al-Marbawi (1893-1989), penyusun kamus dan ulama Islam dalam bidang hadis, tafsir, dan fikah.

BAHASATokoh
AL-BAIHAQI

Al-Baihaqi (994 M-1066 M / 384 H-458 H), tokoh ilmu hadis. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin al-Hussain bin Ali bin Musa Abu Bakr al-Khusrawjirdi al-Baihaqi.

AGAMAKonsep
KUTTAB, AL-

Kuttab, al- ialah istilah yang digunakan di dunia

Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi

bagi kanak-kanak. Pertama, ia merujuk kepada

pendidikan kanak-kanak tentang ilmu-ilmu Islam

seperti al-Qur’an, hadis, fiqah dan lain-lain,

termasuk juga pendidikan asas bahasa Arab, yang

meliputi kaedah-kaedah, tulisan, bacaan, syair dan

sebahagian daripada ilmu hisab kepada kanak-kanak.

Semua tempat belajar ini dinamakan sama

ada dengan nama al-Kuttab, al-Maktab atau al-

Khulwah.

UMUM 
KALAM

Kalam, ilmu yang dapat membantu seseorang Muslim membela dan menegakkan ajaran agama khususnya yang berkaitan dengan persoalan akidah yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan hadis.

AGAMADisiplin Ilmu
HUKUM KANUN BRUNEI

HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Qu’ran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
TUK KU PALUHTUK KU PALUH (1817-1917), ulama.  Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.  Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut.  Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.  Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.  Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.  Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas