Kod ialah ikan makanan yang utama. Ia hidup di
perairan utara di lautan Atlantik dan Pasifik. Kod
tergolong dalam famili kod, yang termasuk juga
polak dan hadok.
Tebing Besar ialah salah sebuah kawasan
penangkapan ikan yang terkaya di dunia. Kawasan
ini meliputi kira-kira 360 000 kilometer persegi di
luar pantai tenggara wilayah Newfoundland,
Kanada. Kebanyakan ikan yang ditangkap ialah kod,
tetapi terdapat juga ikan flounder, hadok, halibut,
hering , dan redfish . Tebing Besar mendapat
namanya kerana menjadi sebahagian daripada
sistem penara dalam air yang dikenali sebagai
bank (tebing) dalam bahasa Inggeris.
Thanks for clicking. That felt good.