Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.fa.lan] | حافلن

Definisi : hasil menghafal: dia mengumpul­kan semua ayat al-Quran satu-persatu drpd pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta drpd ~ para sahabat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hafalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU NU‘AYM AL-ASBAHANIY

Abu Nu‘aym al-Asbahaniy (336 H.–430 H./948

M.–1038 M.), penghafaz hadith, ahli sejarah dan

ulama besar dalam bidang hadith yang diiktiraf oleh

ramai guru. Nama sebenarnya ialah Ahmad ibn

‘Abdullah ibn Ahmad al-Mihraniy al-Asbahaniy. Dia

sering bersendirian dalam usaha mendapatkan

ijazah daripada gurunya sebagaimana dia

bersendirian dalam mencari ilmu daripada para

ulama. Ramai penghafaz hadith datang mencarinya

untuk mendapatkan hadith kerana keilmuannya,

kuat penjagaannya terhadap hadith dan ketinggian

sanad-sanadnya. Ibn Mardawayh berkata “Tidak ada

orang yang lebih tinggi hafalan serta ilmu sanad

hadith selain daripadanya”. Antara karya hasil

karangan Abu Nu‘aym al-Asbahaniy ialah: Hilyah al-

Awliya’; al-Mustakhraj ‘ala al-Bukhariy; al-Mustakhraj

‘ala Muslim; Dala’il al-Nubuwwah; Ma‘rifah al-

Sahabah; Tarikh Asbahan; Fada’il al-Sahabah; Sifat al-

Hibnah wa al-Tibb dan al-Mu‘taqid . Abu Nu‘aym al-

Asbahaniy hidup selama 94 tahun.

UMUM 

Kembali ke atas