Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hafaz
Rujuk :hafal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 
SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH

SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH (1898-1981) , ulama dan pendakwah. Dia lahir pada 11 Disember 1898 di Jalan Pisang, Singapura. Sayid Abu Bakar berasal daripada keturunan Arab Sayid al-Attas. Dia mendapat pendidikan awal dari sekolah Arab dan Melayu di Kampung Pisang, Singapura.  Oleh sebab penduduk Kampung Pisang majoritinya orang Melayu, dia menjadi biasa dengan adat dan tradisi orang Melayu.  Dalam usia belasan tahun Sayid Abu Bakar  telah dihantar oleh keluarganya belajar di Hadramaut, Yaman, bagi mempelajari ilmu agama dan bahasa Arab.  Ketika usianya 21 tahun, dia sudah hafaz sebuah al-Quran. Dia mempelajari ilmu agama dan menghafaz al-Quran di salah sebuah madrasah di Tarim, Hadramaut. Dia juga memperoleh ijazah Aliyah (Sarjana Muda).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas