HAFIZ IBRAHIM | | UMUM | |
ASAD, HAFIZ AL- | Asad, Hafiz al- (1930–2000), ialah pemimpin dan tokoh politik di Syria. Pada tahun 1971, dia dilantik sebagai Presiden Syria dengan bantuan tentera. | UMUM | |
DAYLAMIY, SYIRAWAYH AL- | Daylamiy, Syirawayh al- (445–509 H/1053– 1115 M), ahli hadith, hafiz dan ahli sejarah. Nama penuhnya ialah Shirawayh ibn Shahruddar ibn Fanákhusru ibn Khusrakán. Dia dikenali sebagai Abú Shujá al-Daylamiy al-Hamzániy. Dia menuntut ilmu hadith dan sentiasa bermusafir dalam usahanya itu. Ramai yang meriwayatkan hadith daripadanya seperti anaknya sendiri, Shahruddár, al-Háfiz Abú Musá al-Madiniy, dan Abú Tahir al-Silfiy. | UMUM | |
SUFYAN AL-THAWRIY | Sufyan al-Thawriy (97–161 H./716 –778 M.), hafiz, ahli fiqh, kuat beribadat dan ketua pendebat. Nama penuhnya ialah Sufyan ibn Sa‘id ibn Masruq al-Thawriy, Abu ‘Abdullah al-Kufiy daripada Bani Thawr ibn ‘Abd al Manat ibn Uddi ibn Tabikhah ibn Ilyas ibn Madh’ar ibn Nizar ibn Ma‘ad ibn ‘Adnan. Sufyan lahir dan dibesarkan di Kufah dan bapanya adalah seorang ulama Kufah. Mungkin bapanya seorang ulama yang menyebabkan dia menuntut ilmu hadith. Sufyan meriwayatkan hadith daripada al-Aswad ibn Qis, Abi Ishaq al-Subi‘iy, ‘Amru ibn Murrah, Mansur Ibn al-Mu‘tamir, Ayub al- Sakhtayaniy, Isma‘il ibn Abi Khalid dan lain-lain lagi. | UMUM | |
TIRMIDHI, ABU ISA AL- | Tirmidhi, Abu Isa al- (209–279 H./824–892 M.), hafiz dan imam yang sangat berilmu dan bijak. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Isa ibn Sawrah ibn Musa bin al-Dahhak, al-Tirmidhi, Abu Isa merupakan pengarang kitab al-Jami’ . Abu Isa al- Tirmidhi. | UMUM | |
DARIMIY, ABU MUHAMMAD AL- | Darimiy, Abu Muhammad al- (181–255 H/ 797–869 M), hafiz, imam, ahli tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Fadl ibn Bahram al-Darimiy, al-Tamimiy Abu Muhammad, yang berasal dari Samarkand. Dia juga antara orang yang terkenal dan masyhur. Dia banyak merantau ke seluruh dunia dan banyak menulis buku. | UMUM | |
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL- | Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./ 1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy sangat terkenal dalam penterjemahan rencana dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah salah seorang muridnya yang telah membilang karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya- karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al- Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin, sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al- Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al- Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain. | UMUM | |
SHATIBIY’, ABU ISHAQ AL- | Shatibiy’, Abu Ishaq al- ( ? –790 H./? –1388 M.), ulama usul dan hafiz dari kalangan imam mazhab Maliki. Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq ibn Ibrahim ibn Musa ibn Muhammad al-Lakhamiy al-Gharnatiy al-Shatibiy’. Ramai ulama yang belajar dengannya seperti Al-Fakhar al-Albiriy, Abu ‘Abdullah al-Balnasiy, Abu ‘Abdullah al-Sharif al- Tilmasaniy, Abu Bakr ibn ‘Asim dan ‘Abdullah al-Bayyatiy. | UMUM | |
A'RAJ, ABU DAWUD AL- | A'raj, Abu Dawud al- (36 H.–117 H./ 657 M.–735 M.), hafiz al-Qur’an, ahli ilmu Tajwid dan Qira’at. Nama penggantinya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Hurmuz al-Madani al-A‘raj Abu Dawud, hamba kepada Muhammad ibn Rabi‘ah ibn al-Harith ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Al-A‘raj berasal dari Madinah. Dia mempelajari ilmu Tajwid daripada Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas dan ‘Abdullah ibn ‘Ayyash ibn Abu Rabi’ah. | UMUM | |
DHAHABIY, SYAMS AL-DIN AL- | Dhahabiy, Syams al-Din al- (673–748 H/1275– 1347 M), imam hafiz, ahli hadith, penghafiz, dan ahli sejarah Islam. Nama penuhnya ialah Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn ‘Uthman ibn Qaymaz. | UMUM | |