AIS KERING | Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas tanpa terlebih dahulu menjadi cecair. | UMUM | |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
SURAH AL-RAHMAN | Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu?”. (Surah al-Furqan 25:60) | UMUM | |
SUREALISME | Surealisme ialah pergerakan dalam bidang seni dan kesusasteraan. Ia diasaskan di Paris pada tahun 1924 oleh pemuisi Perancis, André Breton. Seperti dadaisme, punca bermulanya, surealisme menggunakan seni sebagai senjata melawan kedurjanaan dan batasan yang ahli surealisme lihat dalam masyarakat. Berbeza daripada dadaisme, walau bagaimanapun surealisme cuba mendedahkan satu hakikat baru dan lebih tinggi daripada kehidupan seharian. Surealisme ialah perkataan yang dicipta yang bermaksud super realisme. | UMUM | |
SURAH AL-BURUJ | Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan perkataan tersebut. Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah dan iman. | UMUM | |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
KABA | KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad ‘b’ dengan ‘c’, perkataan tersebut berubah menjadi ‘ menceritakan sesuatu’, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini. | SASTERA | Tokoh |
PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
GRES | GRES, kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |