AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
KHALIFAH | Khalifah ialah sistem pemerintahan dalam Islam. Al-Mawardi mendefinisikan khalifah sebagai pengganti nabi dalam mengutuskan hal-hal keagamaan dan keduniaan. | UMUM | |
KRITIKAN SASTERA | Kritikan sastera, cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai karya sastera dengan menggunakan kaedah tertentu.. | SASTERA | Konsep |
MAJLIS EROPAH | Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih rapat antara negara-negara anggotanya bagi mencapai kemajuan ekonomi dan sosial. Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk mempereratkan kerjasama dalam bidang politik, sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan undang-undang. | UMUM | |
SURUHANJAYA DIRAJA | Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah badan yang dilantik oleh raja British bagi menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh beberapa orang yang tidak dibayar gaji. Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana yang wujud dalam industri atau hal-hal yang berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri. Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri untuk melantik seseorang bagi membentuk Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan. | UMUM | |
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 | Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Statut ini yang juga dikenali sebagai AUKU ialah undang-undang bertulis yang mengenakan peraturan berkaitan dengan kegiatan pelajar dan hal-hal lain berhubung dengan pentadbiran universiti dan pusat pengajian tinggi. | UNDANG-UNDANG | Akta |
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 | Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, undang-undang yang bertujuan mengawal selia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan dan pengedaran penerbitan, pengimportan serta hal-hal yang berkaitan. | UNDANG-UNDANG | Akta |
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA | Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, memorial yang menyimpan dan mempamerkan barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan, dan memulihara segala bahan-bahan arkib, muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan menyediakan kemudahan rujukan kepada penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini turut berperanan menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada generasi sebagai monumen yang kekal sebagai peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. | UMUM | |
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA | PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA, badan yang ditubuhkan untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan. | BAHASA | Persatuan |
RAJA BOT RAJA JUMAAT | RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |